♥Thank You For Following♥

Thursday 28 June 2012

Rindu ini tempat :D

Fuhhh fuhh , da berhabuk blogger aku nie. 
Eh-2 lupa nak bagi salam , Assalamualaikum kawan-2 :). 
Rindu saya tak? *perasan. hikhok. Da lama tak on blogger nie , rindu tahap gaban da :D. Lepas habis kursus dekat IPB , 
satu satu masalah datang kat aku. Fening fening. Antaranya , result SPM aku lah tak berapa best , sedih sangat. 
Dengan result macam tu , tak tahu nak sambung belajar mana. 
Now aku da fikir masak masak , aku ambil kemahiran je. Aku bukan suka pon nak belajar balik , pecah otak nanti :) 
Yang nie aku happy sangat , sebab aku da 5 bulan lebih bersama si dia. Ehem ehem , taknak tahu ke sape? Macam tak percaya je kan , yang nie paling lama aku couple. Sebelum sebelum nie sekejap je , cinta monyet biase lah kan. Hikhok :D. 
Selama aku dengan dia , ade je nak cari pasal. Kalau satu hari tak gadoh tak sah. Gadoh gadoh , tapi aku sayang dia sesangat :). Sekarang nie aku kerja part time kasut dekat Jusco Wangsa Maju. Kau tahu? Best lah. Mesra alam sangat dorang , 
da macam satu family. Baru je kerja , tiba tiba manager dekat Jusco tu cari aku. Dia kata ade customer complaint aku 'be rude' dengan dia, Memang tak lah kan. Muka aku suci , bersih lagi dia kata aku kurang ajar. *perasan lagi. 
Hish , geram je kalau ingat kan balik. aku taknak benda nie terjadi da , so aku mintak keputusan untuk berhenti je dari situ. Kejam kan aku? Hahaa :D. Aku nak try cari tempat lain , 
nak tambahkan pengalaman. Sampai sini jelaa , nanti aku akan selalu updated blogger aku nie okay. 
Sayang awak :)

Sunday 29 January 2012

Institut Profesional Baitulmal(IPB)

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik , da 3 minggu di IPB. Orintasi dengan senior da lalui , dengan pensyarah pon da lalui.
Tapi orintasi dengan senior tak best , penat sesangat. Ade ke patot kitaorang kene naik tangga ke tingkat 10. Fuhhh , penat gilee , kat situ jugak maki seranah semua ade. Bukan satu hari , tapi seminggu. 
Arghhhhh !!!! Tido lagi tak cukup :'( Bagi tido pukul 2 , pastu kene ade kat bawah 5.45 untuk solat berjemaah. Mana semua mata tak bengkak :(
Pastu orintasi dengan pensyarah. Time nie kitaorang da boleh naik lif. 
Ape lagi , da bagi peluang harus manfaatkan :) Hehee
Time kat sane , aku ade jumpa seorang mamat nie. tapi dia bukan kursus macam aku. Kebetulan duduk dekat sane , jumpa lah kejap :) Nama kawan aku tu Shah. 
Si Shah nie bawak kawan sorang. Kitaorang jumpa kejap jelaa sebab limit keluar dari situ pukul 11 , dia datang pon pukul 10 lebih. So sekejap jelaa. Time tu kawan si Shah tu nampak aku pegang BB , dia mintak BBpin kat aku. 
Aku bagi lah , nak berkawan je pon kan. Takde hall lh. 
Tapi kawan Si Shah tu 'comel' jugak :) hahaa. Esoknya ade orang add kat BBm aku , tapi aku tak tahu lh sape. aku lambat-2 kan approve. 
Tibe-2 , satu mesej masuk. Dia cakap kenapa tak accepted BBm dia , aku cakap lah ape nama. then aku approve jelaa. 
weyyy , da lari pada tajuk besar nie. Hahaaa. Tapi nak jugak masuk sikit lagi. 
Last-2 , sekarang nie kitaorang couple. 
Nanti aku sambung lagi pasal mamat tu okay , now balik kepada tajuk. Dua minggu orintasi lepas , now sekarang da 3 hari aku start kelas. Last day kelas , pensyarah tu kata next week kamu cuti seminggu. 
Happy sesangat. Belom pape , da dapat cuti seminggu :)  Hahaa. Ape lagi , manfaatkan lh aku dengan kawan-2. Roommate aku pon sporting-2 , satu kepala , bodoh-2. hahaaa. Best lepak dengan dorang :) 
Tapi ade sorang tu macam islamic sikit , segan habis lh kalau satu benda yang wajib kitaorang tak buad. Korang tahu kan ape? Hehee. Now tengah cuti , tu yang rajin nak updated blog nie. 
Rinduu tau , da lame tak bukak :) 
Okay lah , sampai sini jelaa. nanti ade masa aku updated lagi okay. 
Byeee


Monday 26 December 2011

SINGLE !

Assalamualaikum.

12 Disember 2011 <---- Tarikh tu kita da takde pape kan awak? Maybe salah saya sebab tak mesej awak , tak kol awak coz time tu saya sibuk sangat dengan kerja. Awak tahu kan saya first time bekerja , mesti saya rasa penat. Lagipon saya takde kreadit time tu. Soryy sangat-2. Awak tahu? Saya terasa sangat awak maki kawan saya kat Wall saya. Awak mencarut kan kan? Kawan saya tu hanya bergurau lh , kawan saya tu langsung tak tegur saya da. Cuba saya buad kat kawan awak , mesti awak marah kan? Kita diam macam tu je. Lepas tu saya online , awak online. Awak IM saya , awak cakap ' kau tak sayang kat aku da'? Saya sayang awak sangat-2. Tapi saya tak boleh kapel dengan awak buad masa sekarang sebab saya takot takde masa untuk awak. Saya kan bekerja lagi , bulan Januari nie saya pergi kursus pulak. :( Tak lama kemudian ade sorang budak laki ni ajak saya Webcam , saya layan komen budak laki tu. Awak pon tinggalkan komen awak kat situ jugak. Saya tahu awak jeles , sebab awak sendiri cakap dengan saya yang awak nie Kuat Jeles. Terus awak IM saya. Awak cakap sial lh , macam bodoh lh. Seriously , saya sebenarnya tak suka orang maki-2 saya , awak suruh saya REMOVE awak. Kenapa awak suruh saya REMOVE awak , kenapa awak sendiri tak REMOVE saya? Saya nanges , saya benci sangat dengan awak time tu. Dua tiga hari kemudian , saya mula rinduu dengan awak. Rindu sesangat , saya tak tahu perasaan tu tibe-2 datang :( Kalau ade jodoh tak kemana kan kan? Hahaaaa. Okay lh , now saya malas nak ingat itu semua , hanya tinggal kenangan. Saya nak buad persediaaan masuk ke Institusi Baitulmal. :) Sampai sini jelaa , Assalamualaikum.


atifahanuar

Tuesday 6 December 2011

06DISEMBER2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kawan-2

Yahhoooooo , SPM is over :) Last paper Landskap & Nurseri. Itu subjek Elektif saya. Senang lh jugak semalam saya buad , banyak suruh susun je :)
Saya nak A+ dalam subjek tu , rasa-2 boleh dapat ke? Insya-Allah :)
Lepas je habes paper kita orang kumpul ramai-2 , conteng-2 baju dengan tanda tangan dan nombor handfone :) Nak tengok hasilnyaa?


yang nie Nadia. Cer tengok baju die , habes dengan nama dan tanda tangan orang.


Cally , Nadia , Ihsan , Haziq. Comel-comel kn ?



Tangkap gambar sekejap. Dala last jumpa korang semua. Rinduuu nanti :)

baju aku tak conteng ke? Hahaaa. Taaakkknnaaaakkkk aku ! Dala nak pergi makan lepas tu , pastu baju penoh dengan conteng-2. Segan saya :) Lagipon nanti saya takot , ayah saya bising lh. Sory tau sayang :)


Ha , tu saya , Nadia , Ariana. Dalam tandas :) Bersihkan baju saya? 


Sebelah saya nie Priyanka. Dia nie kan susah nak nampak batang hidung dia dekat sekolah. Tahu lh orang kaya :) Mak bapak boleh tanggung.

Rinduu dengan korang semua. Rinduu dengan macam-2 ragam korang. Rinduu dengan gedik korang.
Aku harap korang tak lupakan aku tau , aku akan selalu ingat kat korang. Budak lain semua da balik , tak sporting langsung dorang semua tu. Dorang takot rumah dorang lari lah tu.
 Btw 5 VOKASIONAL 1 THE BEST :)



AtifahAnuar



Tuesday 22 November 2011

CINTA DAN PERSAHABATAN :D

Andai aku diberi pilihan untuk memilih keduanya... pasti aku akan pilih keduanya.. kerana bagi aku ianya sama bererti dan bernilai dalam hidup aku..

CINTA..

 satu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya.. kerana disebalik kisahnya..tersirat seribu kepahitan.. pastinya akan merentap kedamaian jiwa seoarang pencinta setia.. tatkala ikatan diundang kekecewaan... namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa.. yang punya hati dan perasaan.. hakikat yang tersimpan disebalik anugerah terindah.. tidak terungkai dengan bicara bibir.. tak tergambar pula dengan lakonan.. begitu syahdunya kurniaan ilahi..lahirnya dari hati seorang insan yang berakal..beremosi..berperasaan..sungguh aku terpegun..sungguh aku terpesona... setiap hakikatnya punya hikmah.. setiap langkah derapnya punya semangat...



PERSAHABATAN  

suatu ikatan yang lahir dari hati.. yang mana keinginanya tampak ikhlas.. untuk berkongsi dera tawa...nangis bersama...juga keakraban..sahabat tempat bebicara setulusnya.. tentang lampiran dan nokhtah kehidupan.. persahabatan yg tulus dan murni.. adalah sebuah persahabatan yang disulami dengan benang kejujuran.. diwarnai dengan keikhlasan...dicurahi dengan kasih sejati... sungguh sahabat sangat punyai tempatnya sendiri dalam kehidupan ini... sekiranya menjadi gunting dalam lipatan..maka robohlah tembok keluhuran..


atifahanuar

Monday 21 November 2011

Ketakutan SPM !

Assalamualaikum semua :)


Sebut saja SPM , semua orang cuak. Terutamanya pelajar-2 Tingkatan 5 , termasuk lah aku :)
 Apa itu SPM? Korangg mesti tahu kan kan? Takpe-2 , kita nak bagitahu jugak.
SPM itu ialah Sijil Penilaian Menengah. Keputusan SPM amat penting untuk kita sambung belajar ataupon nak apply kerja. Korangg mesti nak sambung belajar or kerja best best kan? So start masuk form4 , korang kene lah fokus. Kenapa form4? Sebab dalam SPM nanti , soalan dia akan masuk form4 dengan form5 punya. Antara semua subjek , BM paling penting. Ingat tu? Kalau BM failed , korang tak dapat sijil , kerja lagi susah nak dapat tau. So korang kene lh buad karangan tu panjang-2 sikit okay? :)
 Dalam banyak-2 subjek , mesti ada satu atau dua subjek yang korang tak suka atau tak berapa gemar kan? Macam aku , subjek yang aku kurang gemar Sejarah , Pendidikan Islam. Mesti korang pelik kn kenapa aku tak gemar Pendidikan Islam. Pendidikan Islam makin lame , makin susah ouh. Form1 punya dulu senang je , masuk form5 susah sesangat. Kene ada huraian lah , itu lah ini lah. Poning sudaa :| Tapi kn kn lepas Exam SPM Sejarah , aku mula minat Sejarah. Adoiyai , menyesal tak minat dari dulu. Kalau memahami betol-2 Sejarah nie , best jugak tau :)
Wwweeeeee :) , aku punya paper tinggal lagi dua. Sains dengan Landskap , Lepas tu boleh lh enjoy sikit. Sikit jelaa , tak boleh banyak-2 coz kita tak tahu result macam mane kn kn? :( Tadi aku Exam Pendidikan Islam , kenapa aku rasa aku boleh target eh dalam Pendidikan Islam? Nak kata senang , susah lh jugak. Tapi rasa happy bila masa exam kat dewan tadi da tamat. Maybe aku boleh jawab , tu yang happy sesangat tu :)


Kita nak semua subjek yang kita amek macam atas nie. Boleh ke? Insya-Allah. Bertawakal jelaa dekat Allah SWT , kita da berusaha kn kn. To my Close Friend Nadia , Nana , Eyna , Cally. Aku tahu korang boleh buad yang terbaik lebih daripada aku kn? Korangg kan pandai :) Lepas SPM nie jangan lupa aku okay , terutamanya Nadia. Da lh duduk dekat hulu sana , susah tau nak jumpa :( Hehee , jangan marah yew sayang :) Korang jangan memandai tukar Nombor Henfon okay , korang tukar aku bagi Flying Kick kang ! Facebook pon sama , jangan memandai Deactive kan tau !
AKU SAYANG KORANG SESANGAT TAU ! INGAT TU !


atifahanuar

Sunday 23 October 2011

20OKTOBER2011

'GRADUATION DAY'

Hari Pengambilan Sijil Graduasi. Best sangat-2 tapi budak kelas ramai tak pegi coz ade yang kene gantung , ade yang jugak malas nak pegi. haishh ! ape lh dorang nie. da lh tahon nie last berada disekolah (ayat skema pulak) , boleh pulak malas nak datang. yang kene gantung tu , sape suh buad hal? kan da kene , 2 minggu pulak tu. kepada yang kene gantung or tak datang , aku nak cakap rugi korang tak datang. bessstttt sangat-2 :)
nakk tgk gambar? nanti aku kasi korang tgk , tapi bukan semua lh okay. 




sebelum berarak ke Dewan Wangsa Bestari.




dalam Dewan Wangsa Bestari



bersame Guru Kelas , En Ghazali. hensemm kan?


bersame Pn Adilah , cikgu Matematik yang paling best :D


bersame Cik Chongg , sweeeetttt kan :)


Separuh daripada 5 Vokasional 1 :D

Sijil atifah , nadia , ihsan , cally , eyka , nana. 

Jeng , jeng , jeng. Mereka Kawan Terbaik Saya.


♥Si Nadia ♥


♥Si Ariana♥


♥Si Cally♥


♥Si Ihsan♥

 haa , da tgk? bestt kan? huhu. Ini Graduasi Only okay !
 I Love You 5 Vokasional 1♥♥



atifahanuar